ADELE | DIKRITIK BUAT ISYARAT LUCAH
Khamis, 23 Februari 2012
0
comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Bermula dengan pujian tetapi berakhir dengan kritikan. Itu adalah ungkapan yang sesuai kepada Adele yang mendapat pujian melangit ketika memenangi 6 anugerah Grammy dan baru-baru ini ia dianugerahkan lagi 2 gelaran dalam Anugerah Muzik Britain. "Namun, Anugerah Muzik Britain yang berlangsung kelmarin juga mengundang kontroversi buat penyanyi tersebut yang popular dengan lagu If I Die Young itu kerana dia dilihat memberi isyarat jari yang dianggap lucah." - Laporan Kosmo.
Sumber Gambar : Google Search
Mengikut laporan Kosmo "Insiden itu berlaku apabila hos anugerah berkenaan bertindak memotong ucapan kemenangan Adele bagi memberi laluan bagi atur cara seterusnya." Bagi memastikan ketepatan berita tersebut, mari kita lihat sedutan video di bawah.
Sebagai seorang manusia kita tidak lari daripada kesilapan. Laporan Kosmo menyebut Adele memohon maaf dengan berkata "Saya memohon maaf sekiranya saya menyinggung sesiapa tetapi isyarat ini bukan ditujukan kepada peminat saya," kata Adele. "Saya sebaliknya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua (para hadirin) dan semua peminat saya," tambahnya. Apa yang baiknya kita hendaklah memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan. Namun adakah permohonan maaf kita diterima jika ungkapan ini diterjemahkan "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya".
Mohon maaf juga daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: ADELE | DIKRITIK BUAT ISYARAT LUCAH
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/adele-dikritik-buat-isyarat-lucah.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5