ADA ORANG KATA BR1M MENIPU DAN TIDAK ADIL

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 6 Februari 2012 0 comments
JIKA ANDA MASIH TIDAK MENERIMA HAK ANDA UNTUK BR1M INI, SILA KLIK SINI UNTUK TINDAKAN SUSULAN. JADILAH RAKYAT YANG BIJAK.

Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Itulah peribahasa yang sesuai bagi cerita ini. "Hei Benjy, engkau dah dapat ke BR1M yang engkau apply hari tu ? ... aku baru dapat surat menyatakan aku tidak layak sedangkan jiran aku satu keluarga diaorang dapat". Itulah antara luahan seorang rakan sekerja Benjy. Bila Benjy selidik kembali gajinya hanya RM 2,300.00 mungkin ada sebabnya mengapa dia tidak dapat. Benjy juga ada apply BR1M di LHDN tetapi, tidak pasti layak ke tidak. Kalau mengikut syarat Benjy memang layak dan kini masih menunggu untuk menerima baucer tersebut. Bila sahaja mendengar luahan sahabat Benjy itu, Benjy pun mulalah mencari lagi luahan rakyat Malaysia benarkan BR1M ini menipu dan tidak adil.

Cari punya cari akhirnya dapatlah beberapa cerita antaranya :

Orang A : "Aku pelik juga, jiran aku tu suami dia dapat, isteri dia pun dapat". Cerita ini Benjy perolehi daripada rakan Benjy daripada Sabah.

Orang B : "Saya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan, gaji RM 700.00, isteri hanya berniaga goreng pisang dan anak ada 3 orang tetapi yang peliknya LHDN hantar surat bahawa saya tidak layak menerima BR1M".  Cerita ini pula Benjy perolehi rakan sekerja di tempat majikan lama Benjy.

Orang C : "Tak adillah macam ni, bila saya call tanya diaorang kata saya tidak layak, gaji saya RM 1,800.00 walaupun saya bujang tetapi saya menanggung ibubapa saya yang sudah tua di rumah, kalau macam tu tak payah buat syarat-syarat macam tu, menipulah BR1M ni". Cerita ini Benjy perolehi daripada seorang rakan di kejiranan tempat Benjy tinggal.

Ini adalah sebahagian daripada cerita tidak menarik yang Benjy dengar mungkin, masih banyak lagi cerita seumpama ini kedengaran diluahkan oleh rakyat Malaysia tentang ketidak adilan, berat sebelah dan ketidak telusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ini. Bagi yang sudah menghantar permohonan BR1M ke LHDN bolehlah menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang untuk menyemak status kelayakan. Talian ini dibuka selama 2 bulan sehingga 16 Mac 2012.


Benjy sengaja tidak menyemak kerana ingin melihat kecekapan penjawat awam Malaysia dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Jika mereka cekap, Benjy pasti menerima surat tentang status dan voucher jika layak. Jika sehingga 10 Mac 2012 Benjy tidak menerima apa-apa surat atau baucer BR1M, sahlah penjawat awam yang bertanggungjawab tidak cekap dan perlu meletak jawatan jangan sampai orang berkata semua penjawat awam di Malaysia hanya 'menghabiskan beras' sahaja. Jangan sampai kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan sampai penjawat awam ini mencetuskan 'Yang layak BR1M tidak dapat tetapi, yang tidak layak BR1M pula yang dapat'. Jika anda juga mempunyai pendapat atau cerita-cerita sebegini, bolehlah kongsikan bersama, sekian terima kasih.

Cerita tidak menarik mengenai BR1M yang tidak adil dan menipu menjadi persoalan Benjy - Melihat kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza. 
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: ADA ORANG KATA BR1M MENIPU DAN TIDAK ADIL
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/ada-orang-kata-br1m-menipu-dan-tidak.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.